Thursday, May 7, 2009

selamat tinggal memori semalam... selamat datang realiti kini...

Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian... Apa khabar anda semua.... Sihat? Saya di sini baik-baik sahaja dan senantiasa merindui kalian semua... Lama sudah rasanya tidak menulis di ruangan blog saya ini... Terlalu banyak kisah yang tidak dapat saya kongsi kepada anda semua lantaran masa yang tidak begitu mengizinkan untuk saya catatkan dalam ruangan blog saya ini namun saya cuba untuk mencari ruang meluahkan rasa dan kecintaan saya pada teman-teman semua... Beberapa hari yang lepas, saya selesai menamatkan peperiksaan saya untuk semester terakhir saya di UKM... Usai menjawab kertas peperiksaan terakhir yang lalu, hati menjadi sayu... Sayu kerana selepas ini tiada lagi peperiksaan yang diduduki, tiada lagi waktu dan ruang untuk bersama teman-teman seperti dahulu, sayu meninggalkan pensyarah-pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang tempoh 3 tahun pengajian saya di UKM ini... Ya, masa begitu pantas berlalu... Semuanya bagai semalam saja terjadi... Terlalu banyak kenangan yang berlaku sepanjang 3 tahun menuntut ilmu di UKM ini... Semua terlalu istimewa di hati saya... Saat ini, teman-teman seperjuangan saya mulai pulang ke kampung masing-masing... Yang jauh pastinya sukar untuk berjumpa lagi... Yang dekat pula, agak sukar juga untuk bertemu sebenarnya... Semuanya sudah menjadi hukum dunia... Setiap pertemuan, pastinya ada perpisahan... Teman-teman seperjuangan di universiti, kenangilah saat manis semalam dalam melalui hidup hari ini... Ingatilah memori yang pernah kita ciptakan... Laluilah hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan dan kekuatan... Jika diizinkan pastinya kita akan bersua juga suatu hari nanti... Selamat tinggal memori manis semalam di UKM... Selamat datang realiti kini... Alam pekerjaan yang pastinya cukup mencabar... Salam ingatan dari saya... Hingga berjumpa lagi dalam bingkisan yang lain...

Tuesday, May 5, 2009

tahniah kepada misha omar di aim 16...

Akhirnya Misha Omar berjaya memenangi 4 kategori dalam AIM 16...
1. Lagu Terbaik, Nafas Cahaya...
2. Album Pop Terbaik, Misha Omar...
3. Lagu Pop Terbaik, Cinta Adam Dan Hawa...
4. Lagu Pop Etnik Terbaik, Nafas Cahaya...
"Sekalung tahniah buat penyanyi pujaan dan idolaku kerana berjaya menghasilkan sebuah produksi yang berjaya dan cemerlang menerusi album solonya yang ketiga, Misha Omar... Hanya setelah 7 tahun mengembara akhirnya penantian selama ini berakhir dengan kemenangan besar ini. Teruskan usaha untuk terus menghasilkan album yang lebih berkualiti di masa akan datang...."