Thursday, July 16, 2009

musim yang berlalu pergi...

jauh ku memandang lautan luas yang terbentang dihadapanku,
terasa dingin angin yang berhembus membelai tubuhku,
saat ini aku merenung perjalanan sejauh yang pernah ku lewati,
terasa pantasnya masa berlalu meninggalkan diri tanpa ku sedari,
ku melihat beburung berterbangan di awan biru,
terbayangkan betapa bebasnya ku berlari di waktu itu,
sewaktu musim bunga yang indah...
betapa indahnya memori yang pernah tercipta saat ku bersamanya,
melayari hari-hari riang tanpa rasa duka,
di musim itu bahagia milikku,
kini tiada lagi ku rasakan damai dihati,
bukan kerana kecewa,
tetapi aku rasa kesepian dan kerinduan,
pada musim itu...

Wednesday, July 15, 2009

"betapa indahnya hari-hari yang mendatang jika aku mampu terbang sejauh itu...
mengecapi segala impian yang pernah aku mimpikan suatu ketika dahulu...
namun ku tahu jalan hidup ini sukar dan tidak pernah terduga kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi...
oleh itu segalanya ku berserah hanya padaNya...
moga dipermudahkan laluan ku nanti...."

Monday, July 13, 2009

"apalah ertinya hidup ini tanpa cinta, dan apalah ertinya cinta tanpa kasih...
bukan emas dan berlian yang ku harapkan daripada cinta...
hanya ketulusan hati daripada insan yang mencintaiku yang ku mahukan sebenarnya...
kerana ialah yang membuat cintaku itu cinta suci..."

ungkapan terindah...

Assalamualaikum teman-teman semua... Apa khabar anda semua? Saya mengharapkan anda semua walau di mana berada dalam keadaan baik-baik sahaja di samping keluarga tercinta. Lama rasanya kita tidak bersua di dalam blog ini... Alhamdulillah, diri saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Syukur, kerana tuhan masih memberikan harapan dan peluang untuk saya meneruskan hidup di bumi yang indah ini... Rindu rasanya hati ini pada teman-teman sekalian kerana sudah lama tidak bersua... Rindu rasanya untuk bergelak ketawa bersama anda semua... Rindu untuk menghadiri kuliah bersama, menghadapi hari yang penuh kesibukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah... Saat ini apa yang kita pernah lalui itu semuanya sudah berlalu... Berlalu jauh meninggalkan kita semua yang akan melangkah ke satu alam lagi, di mana alam pekerjaan yang akan lebih menduga kita nanti... Saya berasa sayu apabila mengenang kembali detik-detik pertama kali bergelar pelajar universiti suatu ketika dulu... Saat ini melihat pelajar-pelajar baru yang baru sahaja bergelar mahasiswa membuatkan saya tersenyum sendirian... Seperti apa yang mereka sedang lalui ketika ini, saya juga pernah lalui suatu ketika dahulu. Detik terindah itu akan tetap tersimpan teguh dalam sanubari ini... Teman-teman, saat ini kita semua pastinya sudah membilang hari untuk melalui detik-detik termanis yang melengkapkan kita sebagai seorang pelajar universiti... Tidak sampai sebulan sahaja lagi hari yang di nanti selama tiga tahun kita bergelar pelajar akan menjelang... Hari konvokesyen... Hari yang melengkapkan hidup kita sebagai pelajar di universiti ini... Hari itu boleh kita umpamakan hari kemenangan kita sebagai seorang pelajar yang telah melalui pelbagai pahit manis, suka dan duka dalam usaha dan perjuangan untuk memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran yang seterusnya bakal menentukan masa depan kita... Namun disebalik hari itu, ia juga sebenarnya adalah satu hari yang memilukan di mana hari itu adalah hari perpisahan kita semua, hari yang akan melihatkan air mata menitis kerana kesedihan melalui detik-detik perpisahan bersama teman-teman tersayang... Selepas ini pastinya kita semua akan membawa haluan masing-masing... Pastinya hari itu adalah hari yang penuh bermakna dan terindah kerana segalanya yang pernah kita lalui sepanjang berada di universiti...