Friday, January 30, 2009

awan yang terpilu...

kerana cinta,
aku kembara,
bagai camar melintas laut,
mencari pohon,
untuk berteduh...

kerana cinta,
aku kembara,
ikut lagu,
bisikan hati,
mendamba kasih,
paling setia...

sepasang sayap,
tak terlihat,
umpama mimpi,
yang tersimpan,
jadi rintik,
rintik hujan,
menciptakan,
awan yang terpilu...

puisi ini,
tercipta lantas,
tak kesampaian,
hajat meronakan,
gelora rindu,
kepadamu...

ingin sekali,
aku ungkapi,
isyarat jiwa,
dengan sempurna,
biar kau mengerti,
biar kau sedari,
keadaanku,
yang memujamu...

awan yang terpilu...

ni lirik lagu awan yang terpilu, semua orang tahu adalah lagu daripada ning baizura... apa kaitannya lagu ini pada aku??? sebenarnya lagu ni sahaja dah cukup untuk menceritakan serba sedikit tentang kisah hidup aku... kalau nak tahu lagu ni mula aku dengar pada hujung tahun 2004... dengar je lagu ni macam sayu jer hati... bait2 lirik lagu ni mmg ada kena mengena dengan hidup aku... mmg lagu ni khas untuk mengisahkan serba sedikit tentang kisah hidup ning baizura penyanyi yang aku minat... tapi aku tak sangka lagu ni akan mewakili diri aku sekali... sama macam kisah ning tu... bila dgr lagu ni rasa macam nak nangis jer... rasa macam sesuatu... sebenarnya sukar aku nak nyatakan secara tersurat... bagi aku lagu ni cukup memberikan aku pengajaran dalam aku menempuhi kepayahan mengejar impian yang lebih besar yang hanya mengikut kata hati aku tanpa adanya restu dari kedua orang tua dan keluarga... untuk mengejar impian aku ketika itu, aku hanya mengikut kata hati sahaja... aku tahu kata hatiku benar namun tiada restu dari mereka membuatkan aku memberontak... maka terpisahlah aku dari insan2 yang kusayangi... bertahun lamanya diri ini keseorangan menempuhi pelbagai liku untuk mencari arah dalam memastikan impian dalam genggaman... namun pengalaman lalu yang pahit telah banyak mematangkan diri ini supaya impian tidak terpisah dari anganan aku... aku bangkit berlari membina hidup ini dengan keyakinan bahawa pasti jalan yang ku pilih itu akan memberikan kemanisan diakhirnya agar dapat kubuktikan pada semua bahawa kisah kegagalan lepas tidak akan berulang semula... lantas kini kejayaan dihadapan... syukur, dalam perjuangan itu aku ketemu dengan insan2 dan situasi yang menyebelahiku... semua jadi mudah, semua jadi lancar... dalam pada perpisahan yang menyayat hati itu berlaku aku tahu pasti ada doa dari mereka yang mengiringi aku untuk terus berlari... aku tahu, aku berdosa pada mereka kerana cuba memupuk dendam dihati namun dendam itulah yang menjadi kekuatanku... segala sindirin, kata-kata yang melemahkan diriku aku tolak ketepi dan semakin mereka cuba untuk memberi ujian padaku, aku semakin menjadi kuat... kuat untuk terus mendepani hidup ini... mungkin ning baizura mengerti apa yang aku rasakan kerana kisah kami hampir serupa dan buktinya lagu awan yang terpilu itu sendiri telah menjadi lagu terbaik... akhirnya yang terbaik juga telah menjadi milikku... begitu juga ning yang telah kembali mendapat kasih sayang semula dari keluarganya dan kasih kembali bertaut pada bapanya, begitu jugalah aku yang kembali pada keluargaku apabila impian menjadi kenyataan... dendam itu sudah terlerai dan kini telah terpadam dari hati... bertahun kisah ini telah berlalu dalam hidupku namun ianya tidak akan ku lupa kerana kisah inilah yang telah mematangkan diriku dan secara tidak langsung belajar bahawa keluarga bukanlah musuh tapi adalah tempat untuk kita mendapat dan menyemai kasih sayang yang abadi... mungkin sukar untuk pembaca blog ku ini memahami apa yang ingin ku sampaikan namun aku tahu antara kita pastinya ada kisah pahit yang ingin kita ingati di suatu saat ketika sendiri...

salam perkenalan dari saya...

syukur alhamdulilah... dengan berkat kesabaran dan penuh penantian yang begitu lama untuk saya menerbitkan blog saya ini sendiri, akhirnya maka semalam terhasil lah blog ini duniaku yang akan menjadi kenangan dan tanda ingatan dari saya untuk anda semua... rasa bahagia apabila blog ini terhasil atas desakan rakan serumah saya yang mahu saya meluahkan rasa hati yang tersirat kepada anda semua melalui laman blog saya duniaku... dalam blog ini anda akan membaca luahan hati saya yang penuh dengan warna suka dan duka dalam menempuhi kehidupan ini... ya, hidup ini penuh dengan warna suka dan duka... sering berputar bersilih ganti... saya antara berjuta insan dunia yang telah melalui pelbagai warna dalam hidup ini... warna-warna ini telah banyak memberikan kenangan dalam hidup ini... hidup ini umpama seperti sebuah roda... adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah... benarlah seperti kata pujangga; hidup ini sememangnya terbina antara pahit dan manis... jika selalu sahaja manis hati akan menjadi bosan namun jika selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan... maka kita sebagai manusia seharusnya bersedia menerima warna-warna akan singgah dalam hidup kita ini biarpun kita tidak dapat menerimanya... disini buat pertama kalinya saya dengan rasa rendah diri dan penuh rasa keampunan ingin menghulurkan salam perkenalan kepada anda semua terutamanya kepada rakan-rakan baru saya dan tidak mampu saya lupakan sahabat-sahabat lama yang ada di serata pelusuk dunia ini... kenangan bersama anda masih dihati meski kita terpisah kerana desakan waktu dan keadaan demi mengejar sebuah cita-cita... fahamilah bahawa hati ini tidak pernah melupakan kalian meskipun seribu musim berganti... kenangan hidup susah dan senang bersama sentiasa tersemat dihati ini... diri ini sentiasa merindui kalian...akhir kata salam perkenalan dari saya shahrilazuwan...