Wednesday, January 20, 2010

k.e.r.a.n.a d.i.a ...

assalamuailaikum dan salam sejahtera...
pertama-tamanya, kerana dia adalah merupakan tajuk blog saya yang terbaru selepas duniaku dan keputusan hati... kerana dia diilhamkan dari hati saya untuk seseorang yang amat saya sayangi... mmm, siapa? biarlah rahsia... secara keseluruhannya tajuk blog saya kali ini merupakan tajuk blog yang bersifat peribadi buat saya... sudah terlalu lama rasanya saya tidak tampil dalam dunia penulisan blog yang amat saya cintai ini lantaran terlalu banyak peristiwa yang terjadi dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dalam hidup saya memaksa saya mengundurkan diri seketika... kini saya kembali, melepaskan segenap rasa rindu pada dunia penulisan yang sudah agak lama saya tinggalkan... semoga saya mampu untuk memberikan sejuta penulisan yang terbaik pada tajuk blog kali ini...
perjalanan... perjalanan tidak akan berhenti selagi nadi masih bernafas... sesukar mana perjalanan yang kita lalui itu tetap perlu kita teruskan walaupun sakit dan pahit terpaksa kita telan... kadangkala hati terluka, hati mati, hati jadi rawan namun itulah yang harus kita tempuhi dalam meniti sebuah perjalanan kehidupan yang kita sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi kelak... kita umpamakan diri sebagai sebuah kapal kecil yang meniti gelombang di lautan luas dan bergelora, dihempas dipukul ombak untuk sampai ke pelabuhan sebagai destinasinya... begitulah hidup, terlalu banyak rintangannya... namun kita perlu tabah dan cekal dalam melaluinya supaya akhirnya kita mampu untuk menciptakan sebuah kemenangan dan kebahagiaan...
kerana dia didedikasikan pada seorang individu yang pernah ku kenali sewaktu melewati alam kampus yang penuh dengan warna-warninya... entah bagaimana hati boleh tertawan, tidak ku sedari... rindu sering menjengah hati, mengetuk sukma dan sanubari ini... puas ku cuba lupakan dirinya di saat musim bunga berlalu pergi namun wajahnya sentiasa dekat dihati hingga ke hari ini... walau dia tidak tahu perasaan ini, namun itu tidak menjadi penghalang untukku mencurahkan dan menciptakan perasaan rindu dan sayangku untuk dia... semua hanyalah k.e.r.a.n.a d.i.a ...