Assalamualaikum teman-teman semua... Apa khabar anda semua? Saya mengharapkan anda semua walau di mana berada dalam keadaan baik-baik sahaja di samping keluarga tercinta. Lama rasanya kita tidak bersua di dalam blog ini... Alhamdulillah, diri saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Syukur, kerana tuhan masih memberikan harapan dan peluang untuk saya meneruskan hidup di bumi yang indah ini... Rindu rasanya hati ini pada teman-teman sekalian kerana sudah lama tidak bersua... Rindu rasanya untuk bergelak ketawa bersama anda semua... Rindu untuk menghadiri kuliah bersama, menghadapi hari yang penuh kesibukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah... Saat ini apa yang kita pernah lalui itu semuanya sudah berlalu... Berlalu jauh meninggalkan kita semua yang akan melangkah ke satu alam lagi, di mana alam pekerjaan yang akan lebih menduga kita nanti... Saya berasa sayu apabila mengenang kembali detik-detik pertama kali bergelar pelajar universiti suatu ketika dulu... Saat ini melihat pelajar-pelajar baru yang baru sahaja bergelar mahasiswa membuatkan saya tersenyum sendirian... Seperti apa yang mereka sedang lalui ketika ini, saya juga pernah lalui suatu ketika dahulu. Detik terindah itu akan tetap tersimpan teguh dalam sanubari ini... Teman-teman, saat ini kita semua pastinya sudah membilang hari untuk melalui detik-detik termanis yang melengkapkan kita sebagai seorang pelajar universiti... Tidak sampai sebulan sahaja lagi hari yang di nanti selama tiga tahun kita bergelar pelajar akan menjelang... Hari konvokesyen... Hari yang melengkapkan hidup kita sebagai pelajar di universiti ini... Hari itu boleh kita umpamakan hari kemenangan kita sebagai seorang pelajar yang telah melalui pelbagai pahit manis, suka dan duka dalam usaha dan perjuangan untuk memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran yang seterusnya bakal menentukan masa depan kita... Namun disebalik hari itu, ia juga sebenarnya adalah satu hari yang memilukan di mana hari itu adalah hari perpisahan kita semua, hari yang akan melihatkan air mata menitis kerana kesedihan melalui detik-detik perpisahan bersama teman-teman tersayang... Selepas ini pastinya kita semua akan membawa haluan masing-masing... Pastinya hari itu adalah hari yang penuh bermakna dan terindah kerana segalanya yang pernah kita lalui sepanjang berada di universiti...
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment