Assalamualaikum teman-teman semua... Apa khabar anda semua? Diharapkan teman-teman semua dalam keadaan yang sihat dan sentiasa cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini... Saya? Mmm, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya ceritakan tentang kehidupan saya di saat ini... Apa yang mampu saya katakan, kini saya sedang cuba mengatur hidup saya mengikut putaran hidup atau paling tepat mengikut putaran usia... Mungkin lain bunyinya namun saya biarkan anda menilai apa sebenarnya yang tersirat di hati saya saat ini... Baiklah untuk kali ini apa yang ingin saya perkatakan ya? Mmm, teman-teman semua... Adakalanya kita sebagai manusia ini seringkali terkeliru dalam membuat penilaian ataupun keputusan... Kala ini kita akan risau dalam memikirkan kesan yang akan kita terima hasil daripada keputusan yang kita buat... Kita bingung dalam membuat keputusan kerana jika tersilap membuat perhitungan pastinya ia akan memberikan kesan kepada hidup kita di masa akan datang... Namun pernahkah kita terfikir bahawa setiap keputusan yang kita buat dalam hidup kita ini akan memberikan hikmah kepada kita sama ada keputusan itu tepat atau salah... Pastinya tidak... Jika kita tersilap membuat penilaian pastinya kita akan menyalahkan takdir dan mengatakan bahawa Tuhan itu tidak adil... Kita lupa untuk melihat hikmah yang Tuhan berikan pada kita... Sebaliknya pada saya ia adalah lumrah kerana manusia sifatnya lupa dan alpa serta menyalahkan keadaan... Dalam hidup saya sendiri, saya tak pernah lari daripada tersilap membuat keputusan dalam hidup ini... Saya akui agak payah dan sukar untuk kita menerima kesilapan yang telah kita lakukan namun itulah warna kehidupan... warna yang kadang kala indah dan kadangkala kelam namun itulah dia kehidupan... Setiap yang berlaku kita harus hadapi walaupun hati tidak merelakan...
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment