hai assalamualaikum kepada rakan-rakanku sekalian... sudah 2 hari aku tidak menulis dalam blog ku ini... 2 hari yang berlalu ni aku tak sempat nak membuka laptop sebab kena siapkan assingment yang tertangguh... hari ni selasa, pagi jam 9.43 aku kembali menulis lagi... aku time menulis catatan ni ada kat library... burghh... sejuk sangat kat sini sebab aku duduk bawak aircond... kat library ni aku suka duduk kat luar, kat bilik kaca... sebab selesa... kadang-kadang jer aku duduk kat dalam library tu... mmm, time ni tetiba aku teringatkan kenangan lama waktu kerja dulu kat nec... rasanya untuk kali ini biarlah aku buka kembali memori ini... ini juga salah satu memori yang tak mungkin aku lupakan sepanjang umur hidupku...
aku sebenarnya mula bekerja secara sambilan ni selepas tamat exam stpm... mama aku la yang suruh kerja ni sementara menunggu result... aku sebenarnya malas nak kerja sebab penat belajar masa form 6... da habis exam ingatkan nak melepak depan tv je setengah tahun... tapi tetiba aku rasa nak cuba jugak sesuatu yang baru... kerja... mesti dapat duit... tu kot yang buatkan aku nak kerja tu... tak susah untuk aku dapatkan jawatan tu sebab mama aku sendiri penolong pengurus kat situ... dalam pada tu aku cuba la cari kawan-kawan yang nak kerja... entah macam mana aku bolehla pulak call kawan yang aku tak berapa rapat masa kat sekolah dulu... aku call kawan aku radzi and naga... dua-dua ni kawan aku masa kat form 6 dulu... dua-dua memang aku kenal tapi tak rapat mana pun... entah macam mana la tetiba lak time nak kerja ni kami dipertemukan... mungkin kebetulan kot... mmm, kiranya tarikh kami bersama masih aku ingati hingga kini... 1 januari 2006, itula tarikh yang telah mencetuskan kenangan di antara kami... mmm, kami sama-sama pergi temuduga... kami masing-masing diterima... bermula alam dan hidup baru buatku selepas itu...
mmm, memasuki alam perkerjaan ini walaupun sementara sebenarnya adalah begitu mencabar dan secara tidak langsung sebenarnya telah mengajar aku untuk menjadi lebih matang dalam mencari arah dan erti hidup ini... sebenarnya selain aku, radzi dan naga ni ada sorang lagi yang turut serta dalam kenanganku ini... dia pun sebenarnya bukan orang lain... anak kawan mamaku juga, yang mana mak dia ni pun kerja kat situ... baru habis spm je budak ini... nama dia atif... mmm, kiranya kami semua berempat la... kita orang ni semua baru habis sekolah yang mana masing sedang mencari arah untuk mencapai cita-cita di masa depan... dalam kisah untuk mencapai impian dan cita-cita itu kami dipertemukan di suatu saat... aku masih ingat, hari pertama kami bekerja... kami semua telah dibawa melawat ke seluruh kawasan syarikat yang mana sebelum ni aku sendiri tak pernah melihat suasana dalamnya... dulu-dulu tengok syarikat ni dari luar jer... mmm, barula aku tahu apabila da melihat sendiri keadaan dalamnya... mmm, syarikat ni memang canggih dan moden... maklumla syarikat jepun... teknologi serba kedepan... kami juga diperkenalkan kepada staf-staf yang lain... mmm, apabila kita memasuki alam pekerjaan ni barula tahu yang suasana dan persekitaran kita tak sama macam kat sekolah... kat sini, terutamanya kat bahagian kami ditempatkan kebanyakkan stafnya boleh dikatakan dewasa tak macam kita orang ni yang masih budak-budak lagi... so masukla kami ke alam orang dewasa... kami berempat ini pada mulanya ditempatkan di bahagian warehaouse yang terletak di bawah pengurusan bahagian planning... kat situla kami bekerja... namun kemudiannya naga kawanku ditempatkan di bahagian planning iaitu ke bahagian pejabat... aku, radzi dan atif terus kat warehouse ni...
aku, radzi dan atif, kami bekerja secara shift iaitu shift pagi dan petang... naga office hour... walaupun berlainan namun kami kerap berhubung...
warehouse... maka bertemula aku pada insan-insan ini... yang masih aku ingati hingga kini...
1. kak ani... mula-mula nampak kami ni dia buat bodo jer... kami pun macam orang bodo tgk dia... masing-masing tak tahu nak cakap apa first time jumpa... senyum-senyum jerla kami seharian tu bila diperkenalkan dengan dia... dia ni juga kira mentor kepada radzi, kawanku sebab radzi bekerja ikut shift dia...
2. kak salmah... dia ni aku ingatkan orang india... tapi rupanya melayu... kacukan... cakap tamil sangat power nak-nak lagi bila dia nak mengumpat orang lain... dia ni pula mentor aku, sebab aku kerja ikut shift dia... dia ni sangat moody tau bila kita salah buat kerja and kalau buat kerja dgn dia ni kena pantas... kalau tak... mmm, siapla...
dua orang ni la yang kami kenal pada awalnya sb kami bertugas untuk membantu 2 orang kakak ni... kak ani umurnya hujung 20 an kot... da kahwin... dia ni ok... baik sebenarnya... suka buat kelakar... sb dia ni mmg kelakar... tak cepat marah... cool jer... kak salmah ni pulak anak dara, umur dalam awal 20 an kot... dia ni buat kerja memang pantas... cepat... dia punya prinsip, buat cepat, lepas tu boleh relaks sebab kerja da habis... aku yang baru merangkak ni kat sini terpaksala ikut prinsip dia tu... pantas dan cepat... dia ni moody tau... awas... aku pun takut nak berlebih-lebih dengan dia...
hah atif pulak masih kat warehouse ni tapi dia kat bahagian tagging...
kira time rehat tu kami selalu bertukar-tukar cerita tentang kerja... bergosip pasal mereka semua ni...
sebenarnya kat warehouse ni tak ramai sangat org... walaupun dah hampir 4 tahun berlalu aku masih ingat nama-nama kat bahagian ni...
kak zurinah... dia ni mengandung time kami jumpa dia ni... dia ni sangat ditakuti oleh semua warga kerja warehouse... dia paling pantas bila buat kerja... atif la yang paling terseksa sebab dia ni mentor atif... kakak ni sangat suka mengumpat, bercerita hal orang keliling... nampak je kita duduk-duduk sekejap dikatanya kita tak buat kerja... aku sangat berjaga-jaga dengan akak ni... mmm, satu yang kelakar tentang akak ni, dia ni time balik sangat pantas... walaupun sarat mengandung 6 bulan... kalau nak balik tu, dia la yang akan keluar dulu and da menunggu depan mesin punch kad 10 minit lebih awal dari waktu balik... jangan la ada insan yang berani keluar sebelum dia... pasti anda akan diperkatannya sebagai pemalas... bila da punch kad tu, dia la paling laju berjalan untuk naik bas kilang... walaupun mengandung 6 bulan time tu... kami kerap jadikan hal akak ni sebagai gurauan...
hah ada satu lagi pasal akak ni, adala satu ketika shift petang tu... dia tak datang hari tu, kita orang semua ni warga warehouse yang tak suka kat dia dapat tahu dia da bersalin... maka bergemala tepukan dan sorakkan warga warehouse ni atas berita tu sb kita org memang seronok bila tahu dia da bersalin... dia tak ada kerja pun tak banyak, nak duduk pun senang... tapi keesokan harinya pulak tertiba dia muncul dengan perut yang masih bulat... hahaha, dia tak bersalin lagi rupanya... dia ponteng kerja je semalam... maka punahla harapan kami semua... hahaha...
nama-nama lain yang ada kat sini adalah seperti... kak nila, yang agak pelik dan kelakar... suka berkaki ayam datang kerja... tertinggal kasut bila balik kerja... selalu terjadi... kami suka usik dia time dia tengah sibuk buat kerja... sampai pening kepala dia... abg wasilan yang comel tapi pendek, abg ranjan yang ada skandal dgn kak salmah, kak yati yang gedik dan kepoh... mmm, masa berlalu... ada beberapa namala yang aku terlupa pulak... hahaha...
mmm, kini semua itu sudah menjadi kenangan... 1 januari 2006 hingga 1 april 2006 akan kekal dalam memori ini... mmm, cerita ini tidak akan terhenti di sini kerana aku akan menyambung cerita ini kembali dalam penulisan ku yang berikutnya... nantikan...
No comments:
Post a Comment