Wednesday, March 25, 2009

ceritera cinta...

assalamualaikum semua... apa khabar anda semua? lama sudah rasanya kita tidak bersua... saya disini baik-baik saja... anda? saya harapkan anda semua pembaca blog saya yang tercinta ini sihat-sihat hendaknya untuk terus mendepani liku-liku hidup ini... bagaimana dengan kehidupan anda semua? baik-baik saja atau anda berada dalam dilema? buat kalian semua, walauapapun yang berlaku saya harapkan anda semua akan terus tabah dan melalui hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat kerana apa jua yang berlaku dalam hidup kita akan ada hikmah yang tersendiri... saya kini semakin dekat untuk menamatkan sesi kuliah bagi semester ini, semakin banyak tugasan yang perlu diselesaikan, semua tugasan yang perlu disiapkan ini menuntut seribu satu pengorbanan yang bukannya mudah untuk dihadapi. setiap hari bergelut dengan masa, penat dan segalanya. boleh dikatakan saat ini, hidup saya hanya untuk menyiapkan tugasan sahaja sebelum menjelang minggu terakhir iaitu kira-kira hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Ini bermakna hanya 2 minggu sahaja lagi saya akan bergelar pelajar. mmm... begitu pantas rasanya masa berlalu... saya begitu sedih untuk meninggalkan alam pelajar ini kerana separuh dari usia saya dihabiskan dengan gelaran ini... selepas ini saya akan menjadi sebahagian daripada masyarakat pekerja... saya tidak mahu terlalu risau untuk memikirkan masa depan saya sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menempatkan diri saya sebagai seorang yang berguna... segala penat lelah, wang ringgit dan segalanya yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya akan saya balas... terlalu banyak rasanya saya bergantung pada mereka... insyaallah, selepas ini saya pula yang akan memberi mereka kesenangan... mudah-mudahan...
mmm... anda ingin tahu tentang yang lain mengenai diri saya? mmm... apa ya? cinta? mmm... saya pasti ada pembaca blog ini menantikan cerita cinta dari saya... mmm... bukan mudah untuk saya jatuh cinta atau mengungkapkan tentang cinta pada insan lain sebaliknya saya lebih suka apabila cerita cinta saya menjadi rahsia diri sendiri... tapi adakalanya saya terfikir mengapa tidak saya berkongsi rasa cinta ini dengan insan lain? tidak salahkan... sebagai seorang manusia pastinya meminati seseorang itu tidak salah bukan... saya masih lagi berpegang pada paksi fitrah manusia dimana kita dijadikan sebagai sepasang. adam dan hawa. adam bukan untuk adam dan hawa bukan untuk hawa. mmm... ramai yang silap tentang ini pada diri saya... mereka mengatakan saya menentang arus dan fitrah manusia tetapi sebenarnya saya lebih senang untuk mendekati hati daripada insan yang sama jantina dengan saya. pada saya lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang sama jantina dengan saya dalam banyak hal dan perkara. saya tidak pernah mengharapkan cinta seperti pasangan kekasih tetapi cukup apabila saya di fahami oleh mereka yang sejantina dengan saya. mmm... anda mungkin tidak faham apa yang cuba saya sampaikan tapi cukuplah sekadar anda tahu tentang saya...
mmm... baru-baru ini, saya dapat rasakan yang saya sudah mula untuk meminati seseorang insan... yang pasti ramai teman-teman saya tidak mengenali siapa insan yang saya minati ini... saya juga tidak merampas insan ini dari teman-teman yang sama seperti saya sebaliknya rasa minat saya pada insan itu berputik dengan sendiri sejak akhir-akhir ini... seperti cerita cinta saya dahulu, hubungan dalam hati ini bermula di perpustakaan... masih di aras yang sama, di situlah minat saya pada insan ini berputik kini... entah mengapa bagai ada satu tarikan yang membuatkan saya ingin bersama dengan dirinya. menatap wajahnya membuatkan saya bahagia dan kuat untuk melalui hari yang saya lalui... mmm... saya sudah perasaan tentang dirinya sekian lama sewaktu mula-mula menjejakkan kaki di UKM ini tapi rasa itu hanya muncul sewaktu saya kerap berada di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan. Saya tahu dirinya juga perasan yang saya kerap mencuri pandang ke arahnya... mmm... dia juga kerap mencuri pandang ke arah saya... haha... mmm...buat masa ini biarlah saya kenalkan dia sebagai F dahulu... Dia pelajar fakulti kejuruteraan tahun 3... mmm... wajahnya cukup redup dan mendamaikan walaupun nampak garang, rajin dan berkarisma... haha... mmm, cukuplah saya catatkan di sini tentang dirinya... kepada mereka yang terasa, jikalau saya merampas hak anda maafkan lah saya kerana bagi saya tidak salah untuk berkongsi apa yang ada di dunia ini...
sekian terima kasih....

No comments:

Post a Comment