Tuesday, August 4, 2009

berganti hati...

bukan niatku untuk menyalahkanmmu...
apabila kau menolak cintaku dahulu...
bukan niatku untuk mendendami dirimu...
apabila kau pernah melukakan sekeping hatiku yang amat menyayangi dirimu...
namun aku perlu menyatakan tentang kesakitan akibat cinta yang pernah kau hampakan...
betapa payahnya untuk aku melupakan sengsara yang kau tinggalkan itu...

bertahun aku berkelana jauh membawa hati dari cinta palsu yang kau beri...
mengumpul segala kudrat dan kekuatan untuk melupakanmu...
kau insan ku cintai namun kau terlalu kejam pada cintaku...
keranamulah seketika duniaku kelam...
melihatmu semula dihadapan ku kini...
aku tahu aku perlu berganti hati...

sayang maafkan diriku kerana hati ku ini bukan lagi padamu...
seketika detik berlalu sejak kau meninggalkan aku, hidupku kembali terang semula...
kerana hadirnya dia...
memberikan aku penawar saat aku berpatah hati...
aku tidak akan kembali padamu lagi...
kerana kenangan pahit cintamu itu...

kini aku sudah berganti hati...
pergilah kau dari hidupku...
dan janganlah ada insan lain lagi yang kau sakiti selepas aku...
semuanya takdir tuhan yang telah tersurat buat kita...
redhakan saja kasih baruku ini...
terimalah hakikat ini seperti mana aku menerima hakikat yang kau pernah menolak hatiku dahulu...

No comments:

Post a Comment