Tuesday, September 1, 2009

isteri untuk suamiku...

suamiku, aku masih terkenangkan saat pertama kali kau melafazkan ijab dan kabul padaku dahulu...
ketika itu termaktublah janji dan ikatan antara dua hati menjadi satu...
betapa bahagianya aku diketika itu...
seluruh sanak dan saudara bergembira meraikan cinta agung kita...
maka redhalah aku menjadi isterimu untuk selamanya hingga ke akhir hayatku...
akan ku bahagiakanmu, suamiku yang ku cintai...

suamiku, selama hampir sedekad kita layari bahtera perkahwinan ini...
penuh kemanisan, keindahan dan mawar cinta suci kau beri dari hatimu untukku...
betapa aku merasakan cintamu paling teristimewa...
tak mampu ku balasi setiap kelopak cinta, kasih dan rindumu itu...
namun ku tahu selama mana kita lalui perkahwinan ini, ku tidak mampu memberikanmu...
zuriat, permata hati cinta kita...

suamiku, panas yang kita harapkan hingga ke petang tidak berpanjangan...
hubungan ini kini meniti kedukaan yang membawa satu kelukaan padaku...
betapa ku tahu kau mengharapkan benih cintamu menjadi bayi comel...
namun apa dayaku...
bukan kehendakku untuk tidak menyemai benih cinta kita di dalam rahimku...
semuanya telah ditentukan tuhan bahawa aku bukan wanita yang sempurna...

suamiku, malam sepi di hari ulangtahun perkahwinan kita...
kau datang padaku...
membawa khabar, menghiris hati umpama selumbar berbisa...
kau ingin menikahi wanita lain yang istimewa dihatimu saat ini...
wanita yang bisa melahirkan zuriatmu, permata hatimu...
wanita yang lebih sempurna dariku...

pada tuhan, saat ini ku rebah di atas sejadah cinta yang pernah dihadiahkan oleh suamiku dahulu...
ku mohon padamu, kuatkanlah hatiku menerima dugaan ini...
ku redha andai suamiku mahu menikahi wanita lain...
kerana alasan permata hati yang suamiku inginkan...
kerana ku mahu suamiku bahagia...
ku terima jua wanita itu...

seorang wanita yang bakal menjadi isteri untuk suamiku...

No comments:

Post a Comment