Saturday, February 7, 2009

akhir rasa ini...

assalamualaikum kepada teman-teman sekalian yang masih sudi untuk membaca blog ku ini... diharapkan teman-teman semua akan terus membaca blog ini untuk mengeratkan hubungan persahabatan kita semua... mmm, perjalanan kita semua masih panjang dan di hadapan sana masih banyak liku-liku yang akan kita lalui... liku-liku yang akan menjadikan kita semua lebih dewasa dan matang... kepada teman-teman di universiti ini, telah hampir 3 tahun kita bersama... dirasakan bagai semalam kita bertemu dan tidak lama lagi kita akan berpisah... masih ku ingat pertemuan pertama kita sewaktu minggu 3m dahulu... kita semua bersama mula belajar untuk mengenal hidup sebagai mahasiswa... hidup di universiti ini yang telah banyak memberikan kita erti sebagai pelajar... suka duka datang silih berganti... menjadikan kita semua lebih gigih dalam mendepani hidup yang penuh mencabar ini... tidak lama lagi kita semua akan membawa haluan sendiri dimana kita akan terpisah kerana mengejar cita-cita... hanya satu langkah lagi kita akan mendakap cita-cita yang kita impikan sekian lama... begitulah hidup, akan tiba masanya sesuatu yang kita sayang, kita perlu lepaskan demi kejayaan di masa akan datang... itulah pengorbanan yang menuntut kita untuk tabah dalam mendepani segala cabaran dan ujian yang datang...
bagiku, ku rasakan tempoh 3 tahun yang berlalu semenjak aku melangkah ke alam universiti ini terlalu cepat dirasakan... dalam tempoh 3 tahun yang mendatang ini banyak yang ku lalui bersama teman-teman seuniversiti... rasanya cukup banyak yang kami lalui sepanjang perkenalan ini... aku masih teringat saat pertama kali menjejaki ukm... zaaba menjadi kolej persinggahan ku yang pertama... disitulah aku mula mengenal hidup sebagai mahasiswa... belajar hidup berdikari... alhamdullillah aku ditemani teman-teman yang cukup baik dan memudahkan perjalanan hidupku... memang pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri namun tentunya dimana ada kemahuan pasti ada jalannya... aku bahagia ketika itu... masa berlalu dan meninggalkan tanpa kita sedari, 3 semester di kolej zaaba aku berpindah pula di kolej ungku omar... 1 semester di situ... kini hampir 2 semester aku meninggalkan alam kolej... taman tenaga menjadi rumahku kini... mmm, nampaknya aku perlu tinggalkan catatan ku sampai disini dahulu... akhir rasa ini pasti akan kekal dalam ingatan sebagai kenang-kenangan disaat bersendirian di suatu masa nanti...

No comments:

Post a Comment