Friday, March 27, 2009

"sesekali aku terkenangkan masa silamku yang lalu,
masa silam yang penuh suka dan duka,
putih dan hitam,
dalam hidupku, terlalu payah rasanya untuk mengukir bahagia,
masa silam yang tertulis dalam hidupku adalah sebuah realiti,
betapa hidupku yang lalu begitu pilu..."

Wednesday, March 25, 2009

ceritera cinta...

assalamualaikum semua... apa khabar anda semua? lama sudah rasanya kita tidak bersua... saya disini baik-baik saja... anda? saya harapkan anda semua pembaca blog saya yang tercinta ini sihat-sihat hendaknya untuk terus mendepani liku-liku hidup ini... bagaimana dengan kehidupan anda semua? baik-baik saja atau anda berada dalam dilema? buat kalian semua, walauapapun yang berlaku saya harapkan anda semua akan terus tabah dan melalui hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat kerana apa jua yang berlaku dalam hidup kita akan ada hikmah yang tersendiri... saya kini semakin dekat untuk menamatkan sesi kuliah bagi semester ini, semakin banyak tugasan yang perlu diselesaikan, semua tugasan yang perlu disiapkan ini menuntut seribu satu pengorbanan yang bukannya mudah untuk dihadapi. setiap hari bergelut dengan masa, penat dan segalanya. boleh dikatakan saat ini, hidup saya hanya untuk menyiapkan tugasan sahaja sebelum menjelang minggu terakhir iaitu kira-kira hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Ini bermakna hanya 2 minggu sahaja lagi saya akan bergelar pelajar. mmm... begitu pantas rasanya masa berlalu... saya begitu sedih untuk meninggalkan alam pelajar ini kerana separuh dari usia saya dihabiskan dengan gelaran ini... selepas ini saya akan menjadi sebahagian daripada masyarakat pekerja... saya tidak mahu terlalu risau untuk memikirkan masa depan saya sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menempatkan diri saya sebagai seorang yang berguna... segala penat lelah, wang ringgit dan segalanya yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya akan saya balas... terlalu banyak rasanya saya bergantung pada mereka... insyaallah, selepas ini saya pula yang akan memberi mereka kesenangan... mudah-mudahan...
mmm... anda ingin tahu tentang yang lain mengenai diri saya? mmm... apa ya? cinta? mmm... saya pasti ada pembaca blog ini menantikan cerita cinta dari saya... mmm... bukan mudah untuk saya jatuh cinta atau mengungkapkan tentang cinta pada insan lain sebaliknya saya lebih suka apabila cerita cinta saya menjadi rahsia diri sendiri... tapi adakalanya saya terfikir mengapa tidak saya berkongsi rasa cinta ini dengan insan lain? tidak salahkan... sebagai seorang manusia pastinya meminati seseorang itu tidak salah bukan... saya masih lagi berpegang pada paksi fitrah manusia dimana kita dijadikan sebagai sepasang. adam dan hawa. adam bukan untuk adam dan hawa bukan untuk hawa. mmm... ramai yang silap tentang ini pada diri saya... mereka mengatakan saya menentang arus dan fitrah manusia tetapi sebenarnya saya lebih senang untuk mendekati hati daripada insan yang sama jantina dengan saya. pada saya lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang sama jantina dengan saya dalam banyak hal dan perkara. saya tidak pernah mengharapkan cinta seperti pasangan kekasih tetapi cukup apabila saya di fahami oleh mereka yang sejantina dengan saya. mmm... anda mungkin tidak faham apa yang cuba saya sampaikan tapi cukuplah sekadar anda tahu tentang saya...
mmm... baru-baru ini, saya dapat rasakan yang saya sudah mula untuk meminati seseorang insan... yang pasti ramai teman-teman saya tidak mengenali siapa insan yang saya minati ini... saya juga tidak merampas insan ini dari teman-teman yang sama seperti saya sebaliknya rasa minat saya pada insan itu berputik dengan sendiri sejak akhir-akhir ini... seperti cerita cinta saya dahulu, hubungan dalam hati ini bermula di perpustakaan... masih di aras yang sama, di situlah minat saya pada insan ini berputik kini... entah mengapa bagai ada satu tarikan yang membuatkan saya ingin bersama dengan dirinya. menatap wajahnya membuatkan saya bahagia dan kuat untuk melalui hari yang saya lalui... mmm... saya sudah perasaan tentang dirinya sekian lama sewaktu mula-mula menjejakkan kaki di UKM ini tapi rasa itu hanya muncul sewaktu saya kerap berada di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan. Saya tahu dirinya juga perasan yang saya kerap mencuri pandang ke arahnya... mmm... dia juga kerap mencuri pandang ke arah saya... haha... mmm...buat masa ini biarlah saya kenalkan dia sebagai F dahulu... Dia pelajar fakulti kejuruteraan tahun 3... mmm... wajahnya cukup redup dan mendamaikan walaupun nampak garang, rajin dan berkarisma... haha... mmm, cukuplah saya catatkan di sini tentang dirinya... kepada mereka yang terasa, jikalau saya merampas hak anda maafkan lah saya kerana bagi saya tidak salah untuk berkongsi apa yang ada di dunia ini...
sekian terima kasih....

Wednesday, March 18, 2009

malam...


tatkala mentari melabuhkan tirainya,

senja menjelma,

langit menjadi kelam,

malam menjelma,

membawa seribu erti...


tatkala malam mula meluaskan sayapnya,

aku merenung dijendela,

melihat bintang yang bertaburan didada langit,

aku kagum dengan keindahan malam ini,

malam yang panjang...


malam memyimpan sejuta rahsia,

malam menjadi medan melepaskan air mata,

malam yang ku lalui pada hari ini sangat terasing,

aku sendiri tanpa ditemani kerlipan cahaya,

angin yang berhembus malam ini tiada erti buatku,

tatkala dirimu tiada menemani malamku...


impianku pabila malam tiba adalah untuk bersamamu,

merenenung bintang kita didada langit malam gemilang,

menyimpan kenangan untuk hari esok,

kerana pabila esok menjelma mimpi malam ini akan berakhir,

tiada lagi dirimu disampingku

aku pasrah andai malam ini, malam terakhir kita...

Saturday, March 14, 2009

hari terakhir di ukm akan tiba...


Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian... Apa khabar anda semua...? Sihat? Lama sudah rasanya saya tidak mengirimkan khabar buat teman-teman sekalian... Mmm, kebelakangan ini saya lebih gemar untuk mengutuskan rasa hati saya melalui sajak-sajak yang saya gubah... Mungkin cara ini lebih senang untuk anda membaca fikiran saya sama ada ketika itu saya sedang gembira atau berduka.. Mmm...

Sekarang ini saya sudah hampir ke penghujung perjalanan menuntut ilmu di UKM... Hanya tinggal sebulan saja lagi sesi kuliah akan berakhir... Sayu rasanya hati ini mengenangkan betapa cepatnya masa berlalu... Sedih rasanya untuk meninggalkan bilik-bilik kuliah yang pernah saya jejaki untuk menuntut ilmu... Dewan-dewan peperiksaan yang menyaksikan saya mengeluarkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah... Mmm... semuanya hanya akan tinggal kenangan saja...

Mmm... bagaimana hari terakhir kami di UKM nanti...? Apakah hari itu akan menyaksikan rintik hujan yang turun bagai tanda tangisan kesyukuran atau hari itu menyaksikan mentari bersinar meraikan kejayaan-kejayan kami selama 3 tahun di sini... Apapun yang berlaku, hari itu akan tiba juga tidak lama lagi...

Sedih rasanya untuk meninggalkan teman-teman yang sama-sama telah melalui tempoh 3 tahun ini... Selepas ini kami semua akan berjauhan membawa haluan sendiri... Mmm...

Begitulah lumrahnya hidup... setiap yang bermula pasti ada dan akan berakhir...

...salam sayang dari saya...

sayang...


sayang, suatu masa dahulu kau muncul dalam hidupku,
di saat ku hilang arah,
kau tunjukkan ku jalan ke mana seharus ku melangkah,
sayang, kau sirami hatiku dengan kasih dan sayangmu,
semuanya hanya untukku,
kita lewati hari yang mendatang penuh kesyukuran,
kau dan aku bagai irama,
selembut alunan angin yang berhembus,
begitu jua hati ini,
semakin teguh buatmu,
sayang, kita tidak pernah tersedar bahawa suatu hari nanti mimpi kita berbeza,
kita lupa bahawa setiap yang bertemu pasti akan berpisah,
sayang, cerita cinta kita tak seindah dari angan-angan yang pernah kita cipta,
akhirnya kau dan aku membawa haluan berbeza,
mimpimu bukan lagi mimpiku,
sayang, bertahun sudah lamanya kita terpisah,
tiada pernah sekali kita berjumpa,
kita terus berkelana membawa tujuan hidup sendiri,
sayang, tiada pernah sekalipun diri ini melupakanmu,
kerana kau permataku suatu masa dahulu,
dan ikhlas dari hati ini aku ingin mengucapkan terima kasih kerana cintamu untukku dahulu...


...aku pernah tersenyum bahagia suatu masa dahulu bersamamu...

...aku pernah menangis sayu dahulu denganmu...

...semua yang terjadi dahulu membawa hikmah dalam hidupku terhadapmu...

...kini walaupun tidak semua ku milikki tentang dirimu...

...dan kini walau tanpa dirimu lagi...

...aku masih teguh di sini...

...tak pernah gentar untuk meneruskan hidup...

...walau apa yang terjadi...

Thursday, March 12, 2009


"sepi itu adakalanya indah,
sepi mengajar kita erti kerinduan terhadap insan-insan yang kita sayangi,
namun sepi yang terlalu dalam,
menjadikan kita pilu..."

Wednesday, March 11, 2009

tak sanggup lagi...

Tak pernah ku sangka dirimu sanggup,
Kau buat ku kecewa,
Kau hancurkan hati ini,
Dibalik senyummu ada yang lain yang sering kau sayang,
Dan kau lupakan diri ku,
Kalau tak terlalu aku,
Masih maafkan dirimu,
Ku rasakan engkau pun tahu begitu sayangnya aku pada mu,
Habis sudah rasa percaya pada mu,
Habis sudah rasa cintaku pada mu,
Maaf kasih terpaksa aku putuskan ikatan janji kita,
Yang aku sesali,
Sia-sianya kesetiaan ku selama ini padamu,
Walaupun ku tahu berat rasanya berpisah dengan mu,
Namun ku tak sanggup lagi...
"seandainya semalam yang berlalu boleh ku ulangi semula, ingin ku ulangi saat-saat itu, saat di mana kita tidak pernah mengenali erti perpisahan kerana perpisahan yang ku lalui hari ini teramat perit untuk ku..."

ku lari...

di kala diri sedang bersendirian,
terasa kekosongan menyelebung hati ini,
ku lihat kiri dan kanan ku,
hanya sepi yang menemani,
ke manakah arah ku,
mahu saja diri ini berlari,
membawa diri jauh dari sini,
semakin jauh masa berlalu,
semakin jauh hati ini melara,
melihat diri yang semakin terpinggir,
dari keriangan beburung yang menari di awan biru,
mahu saja kaki ku berlari sekuat hati,
berlari dari realiti hidup ini,
tidak sanggup lagi diri disini,
ku ingin lari dari segalanya,
sudah lelah nafas ini,
menahan segalanya dalam hati,
menghitung segala duka dan sengsara,
aku ingin membawa lari hati ini,
biar tiada siapa tahu ku jadi begini,
kerana kesepian,
kerana kecewa,
kerana ditinggalkan,
kerana menurut kemahuan,
tidak sanggup lagi ku mengharung kepahitan ini,
biarkan diriku berlari,
jauh dari segalanya,
lupakan semalam dan hari ini,
ku lari...