1986- Pada tahun ini aku dilahirkan. Mula melihat dan mengenal dunia. Terima kasih kepada kedua ibu bapaku diatas kelahiran ini. Tanpa kalian berdua, mustahil diri ini dapat mengenal pahit manis kehidupan. Sesungguhnya melihat dunia adalah satu nikmat dan harus disyukuri oleh kita semua...
1992- Umpama sebuah kapal kecil yang memulakan perjalanan di lautan yang luas dan bergelora... Pada tahun ini aku mula mengenal alam persekolahan tadika... Terima kasih kepada cikgu sekolah tadika ku kerana kesabaran anda untuk melayan kerenah dan perangaiku yang nakal... Dimanakah cikgu sekolah tadikaku dahulu... Terasa sudah lama rasanya meninggalkan tadika kecilku itu...
1993- Aku mula menjejakkan kakiku di sekolah rendah dalam darjah satu buat pertama kalinya... Masih terasa saat pertama melangkahkan kaki disini... Sekolahku itu masih terbayang di mata ini... Segala perasaan seperti takut ditinggalkan ibu dan bapa, takut dimarahi cikgu menjadi satu... Perkenalan dengan rakan-rakanku waktu ini amat manis... Bermain, bergurau, bergaduh menjadikan hidup kita di waktu ini lengkap... Lama rasanya meninggalkan memori itu.... Kenangan abadi yang tak mampu dilupakan...
1994- Ketika ini aku di dalam darjah dua... Hidup umpama sebuah roda... Bertemu dengan cikgu yang pernah menjadi anak murid kepada bapaku suatu ketika dahulu... Tiada siapa yang menduga... Menakjubkan...
1995- Semakin membesar waktu ini...
1996- Di dalam darjah empat ketika ini... Pada tahun ini aku bertemu dengan guru yang sangat baik dan mengambil berat terhadap diriku... Terlalu luhur budinya mendidik diriku... Kadangkala diriku memikirkan di mana guruku itu...
1997- Tahun yang menjadikan diri ini cukup dilanda kontroversi... Kepada mereka yang pernah menyakiti diriku selamat tinggal aku ucapkan... Terima kasih kerana anda semua menyeksa, membuli diri ini semahunya insan yang kerdil dan lemah ini sejak selama tempoh itu... Pengalaman itu mendewasakan diriku untuk selamanya... Aku melangkah ke sekolah baru...
1998- Kenangan terindahku di sekolah rendah... Melangkah ke sekolah baru dengan harapan mencari sinar baru dalam hidupku... Syukur tuhan itu maha esa... Setiap kesukaran yang pernah didatangkan pada kita pastinya ada hikmah yang tersirat... Aku ditemukan dengan rakan-rakan yang sangat baik dan menghargai diri ini... Terima kasih kerana kalian menerima diriku seadanya waktu itu... Pada tahun inilah aku bertemu dengan cinta hatiku buat pertama kali... Luhur hatinya masih ku ingati, budinya tidak ternilai... Pahit manis kami lalui... Akhirnya kejayaan di UPSR milik kita...!!!
1999- Aku meneruskan perjalananku sebagai pelajar sekolah menengah pula...
2000- Alaf baru... Namun kesepian itu tiada siapa yang mengubatinya... Aku pasrah...
2001- Diriku mula kembali ceria semula... Kehadiran teman-teman yang sangat memahami diri ini menjadikan aku bahagia... Musim bunga waktu ini masih terasa meski ia sudah lama berlalu... Cinta yang datang bertandang dalam hati ini menjadi madah indah dalam menyemai harapan sebuah kejayaan... Kenangan manis kejayaanku sewaktu PMR dulu... Terima kasih semua... I love this moment dan rindukan anda semua...!!!
2002- Sepi dan duka kembali menyinggah dalam hidupku... Terlalu lama rasanya berada dalam tahun ini... Kenangan di tingkatan 4 yang membosankan... Aku hanyut dalam keangkuhan diriku sendiri...
2003- Perjalananku terus menjadi sepi dan pahit... Zaman kejatuhanku paling besar dalam sejarah hidupku sebagai pelajar... Segalanya suram dan kelam... SPM yang pahit untuk ku lalui dan keputusan peperiksaan yang paling memilukan dalam hidupku... Hampir tersungkur diriku kerana keangkuhan diri ini pada insan lain...
2004- Berkat keyakinan dan rasa keinsafan atas kesilapan ku suatu masa dahulu menjadikan diriku lebih menghargai insan lain dalam hidup ini... Tiada gunanya untuk hidup dalam kepalsuan... Berdikit-dikit aku bangun memulakan langkah ku semula untuk kembali membina kejayaan dan kebahagian... Tuhan merestui niatku itu... Namun ketika mula untuk menyusun putaran hidupku yang telah musnah, dugaan tidak pernah padam dari kamus hidupku... Perpisahan yang menyayat hati antara aku dan seluruh keluargaku terjadi... Kasih yang bertaut putus di lambung badai dendam dan sakit hati... Maka terpisahlah aku dengan insan-insan yang ku sayangi untuk tempoh yang lama...
2005- Tahun gemilang untuk diriku... Berkat kesabaran mengharungi kepayahan dan perpisahan dengan keluargaku menjadikan aku nekad untuk membuktikan diriku tidak tersilap mambuat pilihan... Tuhan sentiasa bersamaku... Teman-teman menjadikan aku semakin teguh untuk berdiri atas kaki sendiri... Namun ku tahu, doa daripada keluargaku turut menemani perjalananku ke mercu kejayaan itu... STPM yang ku lalui cukup mudah untuk ku hadapi... Dan ternyata kejayaan di sini menjadi milikku semula... Aku bersyukur atas kurniaan itu...
2006- Sayapku makin melebar... Perjalananku semakin jauh... Impian akhirnya menjadi kenyataan... Aku berjaya untuk menjejakkan kakiku di universiti buat pertama kalinya... UKM, menjadi saksi kejayaanku... Terlalu bermakna kejayaan itu... Melihat surat tawaran masuk ke UKM buat pertama kalinya berada dalam peganganku membuatkan air mataku menitis... Terlalu banyak pengorbanan untuk memegang surat tawaran itu... Terasa segala lelah dan usaha ku terbalas...
No comments:
Post a Comment