Thursday, July 16, 2009

musim yang berlalu pergi...

jauh ku memandang lautan luas yang terbentang dihadapanku,
terasa dingin angin yang berhembus membelai tubuhku,
saat ini aku merenung perjalanan sejauh yang pernah ku lewati,
terasa pantasnya masa berlalu meninggalkan diri tanpa ku sedari,
ku melihat beburung berterbangan di awan biru,
terbayangkan betapa bebasnya ku berlari di waktu itu,
sewaktu musim bunga yang indah...
betapa indahnya memori yang pernah tercipta saat ku bersamanya,
melayari hari-hari riang tanpa rasa duka,
di musim itu bahagia milikku,
kini tiada lagi ku rasakan damai dihati,
bukan kerana kecewa,
tetapi aku rasa kesepian dan kerinduan,
pada musim itu...

Wednesday, July 15, 2009

"betapa indahnya hari-hari yang mendatang jika aku mampu terbang sejauh itu...
mengecapi segala impian yang pernah aku mimpikan suatu ketika dahulu...
namun ku tahu jalan hidup ini sukar dan tidak pernah terduga kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi...
oleh itu segalanya ku berserah hanya padaNya...
moga dipermudahkan laluan ku nanti...."

Monday, July 13, 2009

"apalah ertinya hidup ini tanpa cinta, dan apalah ertinya cinta tanpa kasih...
bukan emas dan berlian yang ku harapkan daripada cinta...
hanya ketulusan hati daripada insan yang mencintaiku yang ku mahukan sebenarnya...
kerana ialah yang membuat cintaku itu cinta suci..."

ungkapan terindah...

Assalamualaikum teman-teman semua... Apa khabar anda semua? Saya mengharapkan anda semua walau di mana berada dalam keadaan baik-baik sahaja di samping keluarga tercinta. Lama rasanya kita tidak bersua di dalam blog ini... Alhamdulillah, diri saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Syukur, kerana tuhan masih memberikan harapan dan peluang untuk saya meneruskan hidup di bumi yang indah ini... Rindu rasanya hati ini pada teman-teman sekalian kerana sudah lama tidak bersua... Rindu rasanya untuk bergelak ketawa bersama anda semua... Rindu untuk menghadiri kuliah bersama, menghadapi hari yang penuh kesibukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah... Saat ini apa yang kita pernah lalui itu semuanya sudah berlalu... Berlalu jauh meninggalkan kita semua yang akan melangkah ke satu alam lagi, di mana alam pekerjaan yang akan lebih menduga kita nanti... Saya berasa sayu apabila mengenang kembali detik-detik pertama kali bergelar pelajar universiti suatu ketika dulu... Saat ini melihat pelajar-pelajar baru yang baru sahaja bergelar mahasiswa membuatkan saya tersenyum sendirian... Seperti apa yang mereka sedang lalui ketika ini, saya juga pernah lalui suatu ketika dahulu. Detik terindah itu akan tetap tersimpan teguh dalam sanubari ini... Teman-teman, saat ini kita semua pastinya sudah membilang hari untuk melalui detik-detik termanis yang melengkapkan kita sebagai seorang pelajar universiti... Tidak sampai sebulan sahaja lagi hari yang di nanti selama tiga tahun kita bergelar pelajar akan menjelang... Hari konvokesyen... Hari yang melengkapkan hidup kita sebagai pelajar di universiti ini... Hari itu boleh kita umpamakan hari kemenangan kita sebagai seorang pelajar yang telah melalui pelbagai pahit manis, suka dan duka dalam usaha dan perjuangan untuk memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran yang seterusnya bakal menentukan masa depan kita... Namun disebalik hari itu, ia juga sebenarnya adalah satu hari yang memilukan di mana hari itu adalah hari perpisahan kita semua, hari yang akan melihatkan air mata menitis kerana kesedihan melalui detik-detik perpisahan bersama teman-teman tersayang... Selepas ini pastinya kita semua akan membawa haluan masing-masing... Pastinya hari itu adalah hari yang penuh bermakna dan terindah kerana segalanya yang pernah kita lalui sepanjang berada di universiti...

Thursday, June 25, 2009

disebalik...

Assalamualaikum teman-teman semua... Apa khabar anda semua? Diharapkan teman-teman semua dalam keadaan yang sihat dan sentiasa cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini... Saya? Mmm, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya ceritakan tentang kehidupan saya di saat ini... Apa yang mampu saya katakan, kini saya sedang cuba mengatur hidup saya mengikut putaran hidup atau paling tepat mengikut putaran usia... Mungkin lain bunyinya namun saya biarkan anda menilai apa sebenarnya yang tersirat di hati saya saat ini... Baiklah untuk kali ini apa yang ingin saya perkatakan ya? Mmm, teman-teman semua... Adakalanya kita sebagai manusia ini seringkali terkeliru dalam membuat penilaian ataupun keputusan... Kala ini kita akan risau dalam memikirkan kesan yang akan kita terima hasil daripada keputusan yang kita buat... Kita bingung dalam membuat keputusan kerana jika tersilap membuat perhitungan pastinya ia akan memberikan kesan kepada hidup kita di masa akan datang... Namun pernahkah kita terfikir bahawa setiap keputusan yang kita buat dalam hidup kita ini akan memberikan hikmah kepada kita sama ada keputusan itu tepat atau salah... Pastinya tidak... Jika kita tersilap membuat penilaian pastinya kita akan menyalahkan takdir dan mengatakan bahawa Tuhan itu tidak adil... Kita lupa untuk melihat hikmah yang Tuhan berikan pada kita... Sebaliknya pada saya ia adalah lumrah kerana manusia sifatnya lupa dan alpa serta menyalahkan keadaan... Dalam hidup saya sendiri, saya tak pernah lari daripada tersilap membuat keputusan dalam hidup ini... Saya akui agak payah dan sukar untuk kita menerima kesilapan yang telah kita lakukan namun itulah warna kehidupan... warna yang kadang kala indah dan kadangkala kelam namun itulah dia kehidupan... Setiap yang berlaku kita harus hadapi walaupun hati tidak merelakan...

ketika ku terjatuh-when i'm down-...

"saat aku menulis catatan kali ini, aku dalam keadaan kecewa dan keliru dengan diriku sendiri... aku bukan diriku yang sebenarnya saat ini... aku tidak tahu apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku ketika ini... entahlah semuanya mengelirukan saat ini... aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan... saat ini aku terjatuh dari kakiku... jika selama ini aku mampu untuk berdiri di atas kakiku sendiri namun saat ini aku hilang semangat untuk bangun... bangun untuk terus melalui hari-hari yang mendatang... saat ini aku menjadi takut untuk mendepani hari-hari yang bakal aku lalui nanti... entah kenapa saat ini aku lemah... aku lemah..."

Monday, June 22, 2009

"sayang, perjalanan yang kita lalui bersama hari ini telah membawa kita jauh melangkah... tatkala kita sudah tiba ke hujung destinasi itu, aku tersedar bahawa sayangnya aku padamu terlalu mendalam, namun ku tak bisa untuk meraih dirimu kerana kau tercipta bukan untukku..."

Saturday, June 6, 2009

tanpamu lagi...


kekasih, ditasik seharian daku tunggu hadirmu...

saat ini seperti tasik yang terhampar di hadapanku...

hatiku tidak tenang...

kerana kau masih tak pulang lagi...

apakah janjimu padaku sewaktu kali terakhir kita berjumpa hanyalah palsu...

apakah hanya aku yang setia, sedangkan kau telah melupakan diriku...


dan musim terus berlalu sepi...

ditasik ini ku masih terus menanti pulangmu...

namun aku masih dibelenggu rasa hampa...

kekasih, ditasik ini kita pernah berjanji

kau hanya untukku, dan aku milikmu...

di saat itu beburung menyanyi bagai merestui cinta yang kita bina...


kini ku sedar...

dirimu tak mungkin lagi kembali ke tasik ini...

kini tasik ini terbiar sepi...

sesepi perasaan ini...

andainya suatu hari nanti dirimu pulang ke sini...

aku sudah pun tiada...


aku akan jauh terbang meninggalkan tasik itu...

dan sekiranya kau kembali, lihatlah bukti cinta kita pada pohon asmara di tepi tasik itu...

yang telah kita ukirkan perasaan atas nama cinta...

hidup tanpamu lagi akan terus kugagahi...

biarpun tidak ku tahu,

selama mana ku mampu bertahan...

Friday, June 5, 2009

sejauh ini...

Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian... Apa khabar anda semua? Sihat? Saya disini baik-baik sahaja... Fuh, rasanya sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini... Terlalu rindu rasanya untuk menulis disini, berkongsi rasa hati dengan teman-teman sekalian... Rasanya sudah terlalu jauh perjalanan yang kita lalui... Bermacam kisah telah terjadi dalam hidup kita, dimana setiap yang berlaku mengajar kita erti kehidupan ini... Hati saya saat ini sarat dengan rindu kepada teman-teman sekalian... Rindu akan kenangan sewaktu kita bersama bergelak ketawa saat menuntut ilmu di kampus indah UKM... Memori itu sudah berlalu... Namun memori itu jugalah yang sering menyinggah dalam hidup saya selalu... Dalam hidup ini, kita adakalanya terpaksa melalui sesuatu yang bukan kemahuan kita, keadaan ini membuatkan kita seringkali kecewa dan putus asa akan hakikat itu... Ya, kita seharusnya perlu berasa kecewa kerana kita adalah insan yang lemah, ini adalah sesuatu yang lumrah bagi manusia... Namun seharusnya juga kita perlu belajar hakikat lain tentang kehidupan ini yang mana tidak semua dalam hidup ini akan menjadi milik kita... Setiap hari pastinya kita akan melalui perjalanan hidup yang adakalanya juga kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku... Sejauh perjalanan yang telah kita lalui pastinya akan meninggalkan kenangan biarpun hanya untuk seketika namun ianya adalah sesuatu yang terindah dalam hidup kita sebagai manusia... Dalam hidup saya misalnya, sudah jauh perjalanan yang saya telah tempuh... Sudah banyak pelabuhan yang saya singgahi dimana setiap pelabuhan yang saya berlabuh sangat memberikan erti dan pengalaman buat saya dalam hidup ini... Saya tahu selepas saya singgah di pelabuhan ini, saya akan terus belayar, belayar lebih jauh mencari pengertian hidup ini... Saya mengharapkan teman-teman akan terus melayari hidup ini dengan kekuatan dan semangat biarpun adakalanya kita jatuh... Tidak salah jika sesekali kita menangis apabila jatuh dan kecewa kerana kita akan dapat sedikit ketenangan dan kekuatan apabila menangis... Ingat menangis bukan mejadikan kita lemah sebaliknya air mata yang jatuh menitik adalah tanda kesyukuran kita pada yang Esa atas rasa kepasrahan di atas dugaannya... Semoga kita berjumpa lagi dalam catatan akan datang... Salam kerinduan dari saya untuk teman-teman semua....

Thursday, May 7, 2009

selamat tinggal memori semalam... selamat datang realiti kini...

Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian... Apa khabar anda semua.... Sihat? Saya di sini baik-baik sahaja dan senantiasa merindui kalian semua... Lama sudah rasanya tidak menulis di ruangan blog saya ini... Terlalu banyak kisah yang tidak dapat saya kongsi kepada anda semua lantaran masa yang tidak begitu mengizinkan untuk saya catatkan dalam ruangan blog saya ini namun saya cuba untuk mencari ruang meluahkan rasa dan kecintaan saya pada teman-teman semua... Beberapa hari yang lepas, saya selesai menamatkan peperiksaan saya untuk semester terakhir saya di UKM... Usai menjawab kertas peperiksaan terakhir yang lalu, hati menjadi sayu... Sayu kerana selepas ini tiada lagi peperiksaan yang diduduki, tiada lagi waktu dan ruang untuk bersama teman-teman seperti dahulu, sayu meninggalkan pensyarah-pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang tempoh 3 tahun pengajian saya di UKM ini... Ya, masa begitu pantas berlalu... Semuanya bagai semalam saja terjadi... Terlalu banyak kenangan yang berlaku sepanjang 3 tahun menuntut ilmu di UKM ini... Semua terlalu istimewa di hati saya... Saat ini, teman-teman seperjuangan saya mulai pulang ke kampung masing-masing... Yang jauh pastinya sukar untuk berjumpa lagi... Yang dekat pula, agak sukar juga untuk bertemu sebenarnya... Semuanya sudah menjadi hukum dunia... Setiap pertemuan, pastinya ada perpisahan... Teman-teman seperjuangan di universiti, kenangilah saat manis semalam dalam melalui hidup hari ini... Ingatilah memori yang pernah kita ciptakan... Laluilah hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan dan kekuatan... Jika diizinkan pastinya kita akan bersua juga suatu hari nanti... Selamat tinggal memori manis semalam di UKM... Selamat datang realiti kini... Alam pekerjaan yang pastinya cukup mencabar... Salam ingatan dari saya... Hingga berjumpa lagi dalam bingkisan yang lain...

Tuesday, May 5, 2009

tahniah kepada misha omar di aim 16...

Akhirnya Misha Omar berjaya memenangi 4 kategori dalam AIM 16...
1. Lagu Terbaik, Nafas Cahaya...
2. Album Pop Terbaik, Misha Omar...
3. Lagu Pop Terbaik, Cinta Adam Dan Hawa...
4. Lagu Pop Etnik Terbaik, Nafas Cahaya...
"Sekalung tahniah buat penyanyi pujaan dan idolaku kerana berjaya menghasilkan sebuah produksi yang berjaya dan cemerlang menerusi album solonya yang ketiga, Misha Omar... Hanya setelah 7 tahun mengembara akhirnya penantian selama ini berakhir dengan kemenangan besar ini. Teruskan usaha untuk terus menghasilkan album yang lebih berkualiti di masa akan datang...."

Friday, April 10, 2009

perjalananku -1986-2006- 2 dekat terindah...

1986- Pada tahun ini aku dilahirkan. Mula melihat dan mengenal dunia. Terima kasih kepada kedua ibu bapaku diatas kelahiran ini. Tanpa kalian berdua, mustahil diri ini dapat mengenal pahit manis kehidupan. Sesungguhnya melihat dunia adalah satu nikmat dan harus disyukuri oleh kita semua...
1992- Umpama sebuah kapal kecil yang memulakan perjalanan di lautan yang luas dan bergelora... Pada tahun ini aku mula mengenal alam persekolahan tadika... Terima kasih kepada cikgu sekolah tadika ku kerana kesabaran anda untuk melayan kerenah dan perangaiku yang nakal... Dimanakah cikgu sekolah tadikaku dahulu... Terasa sudah lama rasanya meninggalkan tadika kecilku itu...
1993- Aku mula menjejakkan kakiku di sekolah rendah dalam darjah satu buat pertama kalinya... Masih terasa saat pertama melangkahkan kaki disini... Sekolahku itu masih terbayang di mata ini... Segala perasaan seperti takut ditinggalkan ibu dan bapa, takut dimarahi cikgu menjadi satu... Perkenalan dengan rakan-rakanku waktu ini amat manis... Bermain, bergurau, bergaduh menjadikan hidup kita di waktu ini lengkap... Lama rasanya meninggalkan memori itu.... Kenangan abadi yang tak mampu dilupakan...
1994- Ketika ini aku di dalam darjah dua... Hidup umpama sebuah roda... Bertemu dengan cikgu yang pernah menjadi anak murid kepada bapaku suatu ketika dahulu... Tiada siapa yang menduga... Menakjubkan...
1995- Semakin membesar waktu ini...
1996- Di dalam darjah empat ketika ini... Pada tahun ini aku bertemu dengan guru yang sangat baik dan mengambil berat terhadap diriku... Terlalu luhur budinya mendidik diriku... Kadangkala diriku memikirkan di mana guruku itu...
1997- Tahun yang menjadikan diri ini cukup dilanda kontroversi... Kepada mereka yang pernah menyakiti diriku selamat tinggal aku ucapkan... Terima kasih kerana anda semua menyeksa, membuli diri ini semahunya insan yang kerdil dan lemah ini sejak selama tempoh itu... Pengalaman itu mendewasakan diriku untuk selamanya... Aku melangkah ke sekolah baru...
1998- Kenangan terindahku di sekolah rendah... Melangkah ke sekolah baru dengan harapan mencari sinar baru dalam hidupku... Syukur tuhan itu maha esa... Setiap kesukaran yang pernah didatangkan pada kita pastinya ada hikmah yang tersirat... Aku ditemukan dengan rakan-rakan yang sangat baik dan menghargai diri ini... Terima kasih kerana kalian menerima diriku seadanya waktu itu... Pada tahun inilah aku bertemu dengan cinta hatiku buat pertama kali... Luhur hatinya masih ku ingati, budinya tidak ternilai... Pahit manis kami lalui... Akhirnya kejayaan di UPSR milik kita...!!!
1999- Aku meneruskan perjalananku sebagai pelajar sekolah menengah pula...
2000- Alaf baru... Namun kesepian itu tiada siapa yang mengubatinya... Aku pasrah...
2001- Diriku mula kembali ceria semula... Kehadiran teman-teman yang sangat memahami diri ini menjadikan aku bahagia... Musim bunga waktu ini masih terasa meski ia sudah lama berlalu... Cinta yang datang bertandang dalam hati ini menjadi madah indah dalam menyemai harapan sebuah kejayaan... Kenangan manis kejayaanku sewaktu PMR dulu... Terima kasih semua... I love this moment dan rindukan anda semua...!!!
2002- Sepi dan duka kembali menyinggah dalam hidupku... Terlalu lama rasanya berada dalam tahun ini... Kenangan di tingkatan 4 yang membosankan... Aku hanyut dalam keangkuhan diriku sendiri...
2003- Perjalananku terus menjadi sepi dan pahit... Zaman kejatuhanku paling besar dalam sejarah hidupku sebagai pelajar... Segalanya suram dan kelam... SPM yang pahit untuk ku lalui dan keputusan peperiksaan yang paling memilukan dalam hidupku... Hampir tersungkur diriku kerana keangkuhan diri ini pada insan lain...
2004- Berkat keyakinan dan rasa keinsafan atas kesilapan ku suatu masa dahulu menjadikan diriku lebih menghargai insan lain dalam hidup ini... Tiada gunanya untuk hidup dalam kepalsuan... Berdikit-dikit aku bangun memulakan langkah ku semula untuk kembali membina kejayaan dan kebahagian... Tuhan merestui niatku itu... Namun ketika mula untuk menyusun putaran hidupku yang telah musnah, dugaan tidak pernah padam dari kamus hidupku... Perpisahan yang menyayat hati antara aku dan seluruh keluargaku terjadi... Kasih yang bertaut putus di lambung badai dendam dan sakit hati... Maka terpisahlah aku dengan insan-insan yang ku sayangi untuk tempoh yang lama...
2005- Tahun gemilang untuk diriku... Berkat kesabaran mengharungi kepayahan dan perpisahan dengan keluargaku menjadikan aku nekad untuk membuktikan diriku tidak tersilap mambuat pilihan... Tuhan sentiasa bersamaku... Teman-teman menjadikan aku semakin teguh untuk berdiri atas kaki sendiri... Namun ku tahu, doa daripada keluargaku turut menemani perjalananku ke mercu kejayaan itu... STPM yang ku lalui cukup mudah untuk ku hadapi... Dan ternyata kejayaan di sini menjadi milikku semula... Aku bersyukur atas kurniaan itu...
2006- Sayapku makin melebar... Perjalananku semakin jauh... Impian akhirnya menjadi kenyataan... Aku berjaya untuk menjejakkan kakiku di universiti buat pertama kalinya... UKM, menjadi saksi kejayaanku... Terlalu bermakna kejayaan itu... Melihat surat tawaran masuk ke UKM buat pertama kalinya berada dalam peganganku membuatkan air mataku menitis... Terlalu banyak pengorbanan untuk memegang surat tawaran itu... Terasa segala lelah dan usaha ku terbalas...

Thursday, April 9, 2009

hari terakhir bergelar pelajar di ukm...

Assalamualaikum kepada teman-teman semua... Apa khabar? Anda bagaimana? Sihat? Saya mendoakan agar anda semua teman-teman yang saya sayangi berada dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya... Saya alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik...
Mmm... teman-teman semua nampaknya diam tak diam sekarang merupakan minggu yang ke-14 kita dalam semester ini... Ini bermakna kita sudah hampir ke tempoh akhir pengajian kita di UKM ini... Terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita... Dan kini tanpa diduga perjalanan kita di universiti sudah hampir ke penghujungnya... Terlalu banyak kenangan yang kita telah cipta sepanjang tempoh kita bersama...
Saat saya menulis catatan ini, hati saya menjadi rawan... rawan mengenangkan detik-detik perpisahan yang bakal kami tempuhi tidak lama lagi... selepas ini kami semua akan membawa haluan masing-masing yang pastinya akan lebih mencabar... alam kampus yang kami lalui dalam tempoh 3 tahun ini pastinya akan menjadi kenangan yang terindah untuk diingati di masa hadapan... di sinilah, UKM menjadi tempat kami ketawa bersama dan di sinilah tempat kami menangis tatkala dirundung seribu satu dugaan... Kami tersenyum apabila bahagia datang menyinggah dan kami berduka kerana putus asa... Semua itu kini menjadi satu... Saat ini saya tersenyum mengenangkan banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ini dan lantas air mata ini menitis jua tatkala ia hanya tinggal memori... Ia tidak akan kembali... Ia tidak akan menjelma semula... Masa akan tetap jua berjalan meninggalkan kita walau dalam apa jua pun keadaan... Kepada semua kenalan saya di UKM sepanjang tempoh pengajian saya selama 3 tahun ini, diharapkan apa jua yang telah berlaku dan yang pernah kita lalui semalam, kita jadikan ia sebagai sebuah pengalaman yang kekal abadi di sepanjang hidup kita... Kepada kenalan-kenalan yang akan meneruskan pengajian pada semester baru nanti diharapkan hubungan kita yang telah terbina akan terus terjalin walaupun kita jarang bersua...
setiap pertemuan itu...
dihujungnya pastinya ada perpisahan...
dan pastinya setiap perpisahan itu...
ada pertemuannya semula...
begitulah seterusnya ia berputar...
dalam kehidupan kita sebagai manusia...

Thursday, April 2, 2009

kekasih...
setiap langkahmu, ku perhatikan...
kekasih, melihatmu dari kejauhan membuatkan diriku merindui sentuhanmu...
kekasih, nafasmu hangat ditelingaku...
saat kau lafazkan kata cinta...
aku terpana...
kekasih, saat kau genggami tanganku...
aku didamba kebahagiaan...
kekasih, tanpamu diriku lemah...
layu tak bermakna...
kekasih, sewaktu kau disisiku...
wangian kasihmu dapat ku hidu...
hanya hatimu untukku...
kekasih, ingin sekali ku selami hatimu...
menyusuri dalam dirimu...
mencari jawapan adakah kau bahagia bersamaku...
kekasih, apalah ertinya dunia tanpa kehadiranmu...
aku ingin selalu cinta itu...
cinta yang suci hanya dari dirimu...
kekasih, degup jantungku ini hanyalah untukmu...
aku cinta padamu...
kekasihku...

Friday, March 27, 2009

"sesekali aku terkenangkan masa silamku yang lalu,
masa silam yang penuh suka dan duka,
putih dan hitam,
dalam hidupku, terlalu payah rasanya untuk mengukir bahagia,
masa silam yang tertulis dalam hidupku adalah sebuah realiti,
betapa hidupku yang lalu begitu pilu..."

Wednesday, March 25, 2009

ceritera cinta...

assalamualaikum semua... apa khabar anda semua? lama sudah rasanya kita tidak bersua... saya disini baik-baik saja... anda? saya harapkan anda semua pembaca blog saya yang tercinta ini sihat-sihat hendaknya untuk terus mendepani liku-liku hidup ini... bagaimana dengan kehidupan anda semua? baik-baik saja atau anda berada dalam dilema? buat kalian semua, walauapapun yang berlaku saya harapkan anda semua akan terus tabah dan melalui hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat kerana apa jua yang berlaku dalam hidup kita akan ada hikmah yang tersendiri... saya kini semakin dekat untuk menamatkan sesi kuliah bagi semester ini, semakin banyak tugasan yang perlu diselesaikan, semua tugasan yang perlu disiapkan ini menuntut seribu satu pengorbanan yang bukannya mudah untuk dihadapi. setiap hari bergelut dengan masa, penat dan segalanya. boleh dikatakan saat ini, hidup saya hanya untuk menyiapkan tugasan sahaja sebelum menjelang minggu terakhir iaitu kira-kira hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Ini bermakna hanya 2 minggu sahaja lagi saya akan bergelar pelajar. mmm... begitu pantas rasanya masa berlalu... saya begitu sedih untuk meninggalkan alam pelajar ini kerana separuh dari usia saya dihabiskan dengan gelaran ini... selepas ini saya akan menjadi sebahagian daripada masyarakat pekerja... saya tidak mahu terlalu risau untuk memikirkan masa depan saya sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menempatkan diri saya sebagai seorang yang berguna... segala penat lelah, wang ringgit dan segalanya yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya akan saya balas... terlalu banyak rasanya saya bergantung pada mereka... insyaallah, selepas ini saya pula yang akan memberi mereka kesenangan... mudah-mudahan...
mmm... anda ingin tahu tentang yang lain mengenai diri saya? mmm... apa ya? cinta? mmm... saya pasti ada pembaca blog ini menantikan cerita cinta dari saya... mmm... bukan mudah untuk saya jatuh cinta atau mengungkapkan tentang cinta pada insan lain sebaliknya saya lebih suka apabila cerita cinta saya menjadi rahsia diri sendiri... tapi adakalanya saya terfikir mengapa tidak saya berkongsi rasa cinta ini dengan insan lain? tidak salahkan... sebagai seorang manusia pastinya meminati seseorang itu tidak salah bukan... saya masih lagi berpegang pada paksi fitrah manusia dimana kita dijadikan sebagai sepasang. adam dan hawa. adam bukan untuk adam dan hawa bukan untuk hawa. mmm... ramai yang silap tentang ini pada diri saya... mereka mengatakan saya menentang arus dan fitrah manusia tetapi sebenarnya saya lebih senang untuk mendekati hati daripada insan yang sama jantina dengan saya. pada saya lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang sama jantina dengan saya dalam banyak hal dan perkara. saya tidak pernah mengharapkan cinta seperti pasangan kekasih tetapi cukup apabila saya di fahami oleh mereka yang sejantina dengan saya. mmm... anda mungkin tidak faham apa yang cuba saya sampaikan tapi cukuplah sekadar anda tahu tentang saya...
mmm... baru-baru ini, saya dapat rasakan yang saya sudah mula untuk meminati seseorang insan... yang pasti ramai teman-teman saya tidak mengenali siapa insan yang saya minati ini... saya juga tidak merampas insan ini dari teman-teman yang sama seperti saya sebaliknya rasa minat saya pada insan itu berputik dengan sendiri sejak akhir-akhir ini... seperti cerita cinta saya dahulu, hubungan dalam hati ini bermula di perpustakaan... masih di aras yang sama, di situlah minat saya pada insan ini berputik kini... entah mengapa bagai ada satu tarikan yang membuatkan saya ingin bersama dengan dirinya. menatap wajahnya membuatkan saya bahagia dan kuat untuk melalui hari yang saya lalui... mmm... saya sudah perasaan tentang dirinya sekian lama sewaktu mula-mula menjejakkan kaki di UKM ini tapi rasa itu hanya muncul sewaktu saya kerap berada di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan. Saya tahu dirinya juga perasan yang saya kerap mencuri pandang ke arahnya... mmm... dia juga kerap mencuri pandang ke arah saya... haha... mmm...buat masa ini biarlah saya kenalkan dia sebagai F dahulu... Dia pelajar fakulti kejuruteraan tahun 3... mmm... wajahnya cukup redup dan mendamaikan walaupun nampak garang, rajin dan berkarisma... haha... mmm, cukuplah saya catatkan di sini tentang dirinya... kepada mereka yang terasa, jikalau saya merampas hak anda maafkan lah saya kerana bagi saya tidak salah untuk berkongsi apa yang ada di dunia ini...
sekian terima kasih....

Wednesday, March 18, 2009

malam...


tatkala mentari melabuhkan tirainya,

senja menjelma,

langit menjadi kelam,

malam menjelma,

membawa seribu erti...


tatkala malam mula meluaskan sayapnya,

aku merenung dijendela,

melihat bintang yang bertaburan didada langit,

aku kagum dengan keindahan malam ini,

malam yang panjang...


malam memyimpan sejuta rahsia,

malam menjadi medan melepaskan air mata,

malam yang ku lalui pada hari ini sangat terasing,

aku sendiri tanpa ditemani kerlipan cahaya,

angin yang berhembus malam ini tiada erti buatku,

tatkala dirimu tiada menemani malamku...


impianku pabila malam tiba adalah untuk bersamamu,

merenenung bintang kita didada langit malam gemilang,

menyimpan kenangan untuk hari esok,

kerana pabila esok menjelma mimpi malam ini akan berakhir,

tiada lagi dirimu disampingku

aku pasrah andai malam ini, malam terakhir kita...

Saturday, March 14, 2009

hari terakhir di ukm akan tiba...


Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian... Apa khabar anda semua...? Sihat? Lama sudah rasanya saya tidak mengirimkan khabar buat teman-teman sekalian... Mmm, kebelakangan ini saya lebih gemar untuk mengutuskan rasa hati saya melalui sajak-sajak yang saya gubah... Mungkin cara ini lebih senang untuk anda membaca fikiran saya sama ada ketika itu saya sedang gembira atau berduka.. Mmm...

Sekarang ini saya sudah hampir ke penghujung perjalanan menuntut ilmu di UKM... Hanya tinggal sebulan saja lagi sesi kuliah akan berakhir... Sayu rasanya hati ini mengenangkan betapa cepatnya masa berlalu... Sedih rasanya untuk meninggalkan bilik-bilik kuliah yang pernah saya jejaki untuk menuntut ilmu... Dewan-dewan peperiksaan yang menyaksikan saya mengeluarkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah... Mmm... semuanya hanya akan tinggal kenangan saja...

Mmm... bagaimana hari terakhir kami di UKM nanti...? Apakah hari itu akan menyaksikan rintik hujan yang turun bagai tanda tangisan kesyukuran atau hari itu menyaksikan mentari bersinar meraikan kejayaan-kejayan kami selama 3 tahun di sini... Apapun yang berlaku, hari itu akan tiba juga tidak lama lagi...

Sedih rasanya untuk meninggalkan teman-teman yang sama-sama telah melalui tempoh 3 tahun ini... Selepas ini kami semua akan berjauhan membawa haluan sendiri... Mmm...

Begitulah lumrahnya hidup... setiap yang bermula pasti ada dan akan berakhir...

...salam sayang dari saya...

sayang...


sayang, suatu masa dahulu kau muncul dalam hidupku,
di saat ku hilang arah,
kau tunjukkan ku jalan ke mana seharus ku melangkah,
sayang, kau sirami hatiku dengan kasih dan sayangmu,
semuanya hanya untukku,
kita lewati hari yang mendatang penuh kesyukuran,
kau dan aku bagai irama,
selembut alunan angin yang berhembus,
begitu jua hati ini,
semakin teguh buatmu,
sayang, kita tidak pernah tersedar bahawa suatu hari nanti mimpi kita berbeza,
kita lupa bahawa setiap yang bertemu pasti akan berpisah,
sayang, cerita cinta kita tak seindah dari angan-angan yang pernah kita cipta,
akhirnya kau dan aku membawa haluan berbeza,
mimpimu bukan lagi mimpiku,
sayang, bertahun sudah lamanya kita terpisah,
tiada pernah sekali kita berjumpa,
kita terus berkelana membawa tujuan hidup sendiri,
sayang, tiada pernah sekalipun diri ini melupakanmu,
kerana kau permataku suatu masa dahulu,
dan ikhlas dari hati ini aku ingin mengucapkan terima kasih kerana cintamu untukku dahulu...